Sumbangan Zakat Wakallah kepada Pelajar Asnaf

11/20/2024

Hari ini, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) telah menyampaikan sumbangan zakat wakallah kepada 70 orang pelajar asnaf di Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuala Sepetang.

Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Dato' Mohd Kamaruddin bin Abu Bakar, mantan ADUN Kuala Sepetang.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak yang memerlukan, membantu meringankan keperluan harian mereka, dan menjadi inspirasi untuk terus berusaha ke arah kejayaan.