Ladang & Aktiviti Koperasi Pehuma
Di Koop Pehuma, kami menjalankan aktiviti pertanian secara sistematik dengan tumpuan kepada kelestarian dan kecekapan hasil. Berikut adalah maklumat ladang kami beserta aktiviti utama yang dijalankan :
Ladang KP Induk
Keluasan : 1203.37 Hektar
Aktiviti utama :
Penanaman Kelapa Sawit
Ternakan Lembu Integrasi
Penanaman Jagung



Ladang KP 1
Ladang ini merupakan ladang utama koperasi dengan aktiviti pertanian yang pelbagai. Ternakan lembu integrasi dijalankan bersama tanaman sawit bagi mengoptimumkan penggunaan tanah serta meningkatkan hasil secara lestari.
Keluasan : 262.89 Hektar
Aktiviti utama :
Penanaman Kelapa Sawit
Tapak Semaian Kelapa Sawit
Ladang KP 1 memainkan peranan penting dalam membekalkan anak benih sawit berkualiti tinggi melalui tapak semaian khas seluas 1.8 hektar, selain penghasilan sawit matang.



Ladang Kampung Selamat (KOOPEHUMA Sdn Bhd)
Keluasan : 127.23 Hektar
Aktiviti utama :
Penanaman Kelapa Sawit
Ladang ini turut menyumbang kepada hasil pengeluaran sawit koperasi dengan pengurusan yang mematuhi piawaian amalan pertanian baik dan MSPO.


