Sumbangan Zakat Wakallah di SK Lubok Kawah

10/3/2025

Pada 3 Oktober 2025, barisan kepimpinan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (KOOP PEHUMA) yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, serta Pengurus Koperasi telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Lubok Kawah bagi menyampaikan sumbangan zakat wakallah kepada 41 orang pelajar yang layak menerima bantuan tersebut.

Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial KOOP PEHUMA dalam membantu golongan asnaf dan pelajar yang memerlukan, khususnya di kawasan setempat.
Melalui inisiatif ini, diharapkan ia dapat meringankan beban pelajar dan memberi semangat untuk mereka terus berjaya dalam pelajaran.

KOOP PEHUMA komited untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti serta memperkukuh nilai kebersamaan dan keprihatinan melalui program-program kebajikan seperti ini.

#ZakatWakallah #KoopPehuma #TumbuhBersamaBerkekalanSejahtera #PehumaPrihatin