KOOP PEHUMA telah menyampaikan Sumbangan Zakat Wakalah Kategori Fisabilillah kepada anak anggota polis di IPD Seri Iskandar sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial koperasi.
Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban penerima serta menyokong kebajikan keluarga anggota keselamatan yang telah berkhidmat kepada masyarakat dan negara. KOOP PEHUMA berharap agar bantuan yang disalurkan ini dapat menjadi asbab kejayaan penerima di dunia dan juga di akhirat.
KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pelaksanaan amanah zakat ini.
Sesungguhnya zakat itu menyuburkan harta dan menyantuni ummah, selari dengan nilai-nilai murni yang sentiasa diterapkan dalam setiap aktiviti kebajikan KOOP PEHUMA.
π€² KOOP PEHUMA β Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera



