Sumbangan Zakat Wakalah Kategori Asnaf Kepada Pusat Jagaan Emas Titian Abadi
12/15/2025
KOOP PEHUMA telah menunaikan amanah melalui Program Sumbangan Zakat Wakalah Kategori Asnaf kepada Pusat Jagaan Emas Titian Abadi pada 15 Disember sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial koperasi.
Program ini bertujuan untuk meringankan keperluan harian para penghuni pusat jagaan di samping menyantuni golongan asnaf yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan daripada masyarakat.
KOOP PEHUMA berharap agar sumbangan yang disalurkan ini dapat membawa keberkatan dan rahmat kepada para penerima serta menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua pihak yang terlibat.
Sesungguhnya zakat itu menyuburkan harta dan menyantuni ummah, selari dengan prinsip dan nilai murni yang sentiasa menjadi teras kepada setiap aktiviti kebajikan KOOP PEHUMA.
π€² KOOP PEHUMA β Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera

admin@pehuma.coop.my
05 - 7777510
Β© Hazwanmusa. All rights reserved.
Hubungi Kami
Ibu Pejabat
017 - 4951179
Ibu Pejabat
05 - 7430981
Ladang


