KOOP PEHUMA telah menyampaikan Sumbangan Zakat Wakalah Kategori Fisabilillah kepada anak-anak anggota polis IPD Manjung yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada 19 Januari 2026.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi dan Pengurus KOOP PEHUMA, melambangkan keprihatinan dan sokongan koperasi terhadap kebajikan pendidikan anak-anak anggota keselamatan.
Program ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan tanggungjawab sosial KOOP PEHUMA dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta membantu meringankan beban persediaan pendidikan bagi masa depan yang lebih terjamin.
KOOP PEHUMA berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima dan menjadi asbab kejayaan serta keberkatan yang berpanjangan.
π€² Menyokong pendidikan, membela kebajikan ummah
KOOP PEHUMA β Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera



