Sumbangan Wakalah Zakat Kategori Asnaf Fakir Miskin di DUN Belanja & Bota

12/17/2025

KOOP PEHUMA bersama YB Datoโ€™ Mohd Nizar Zakaria telah melaksanakan Program Sumbangan Wakalah Zakat Kategori Asnaf Fakir Miskin di kawasan DUN Belanja dan Bota pada 17 Disember.

Program ini merupakan satu inisiatif kebajikan yang bertujuan untuk meringankan beban golongan fakir miskin di samping menyantuni keperluan asnaf yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan.

Melalui pelaksanaan program ini, KOOP PEHUMA terus komited dalam menyalurkan zakat secara telus dan beramanah bagi memastikan kebajikan ummah sentiasa terbela, selari dengan prinsip tanggungjawab sosial koperasi.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat membawa sinar harapan, keberkatan dan rahmat kepada para penerima serta semua pihak yang terlibat.

๐ŸŒฑ Zakat disalurkan, ummah dibela
KOOP PEHUMA โ€“ Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera