Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad terus komited dalam menyokong pendidikan anak-anak generasi masa depan !
Hari ini, Koop Pehuma telah menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Simpang 3, yang diterima oleh Guru Besar, Mohd Azhar bin Mohd Junoh. Selain itu, Koperasi turut menyumbang kepada komuniti pelajar tadika dalam Program Back to School Tadika Tebuk Yan, Pantai Remis.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi, Bendahari & Pengurus Koperasi, menunjukkan komitmen kami dalam membantu komuniti.
Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat besar kepada para pelajar !







