Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69

8/31/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69

Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (KOOP PEHUMA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sempena sambutan penuh bersejarah ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu hati dalam membina sebuah negara yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Kemerdekaan yang dinikmati hari ini merupakan hasil jasa, pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu. Justeru, marilah kita terus menghargai segala jasa para pejuang serta memelihara keamanan dan keharmonian yang telah diwariskan kepada kita.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan cintakan tanah air terus subur dalam diri setiap rakyat demi masa depan negara yang lebih gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,
Warga KOOP PEHUMA

Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi 💚

admin@pehuma.coop.my

05 - 7777510

© Hazwanmusa. All rights reserved.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat

017 - 4951179

Ibu Pejabat

05 - 7430981

Ladang

Sitemap