

Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (KOOP PEHUMA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Puan Noor Afifah Binti Abdul Razak atas segala sumbangan, kepimpinan, komitmen serta jasa bakti sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tempoh 14 Julai 2025 hingga 31 Julai 2026.
Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif telah digerakkan bagi memperkukuhkan pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. Komitmen, profesionalisme dan dedikasi yang ditunjukkan telah memberi impak yang besar kepada perkembangan sektor koperasi serta menjadi inspirasi kepada warga koperasi di seluruh negara.
KOOP PEHUMA turut merakamkan penghargaan atas segala sokongan, bimbingan dan kerjasama yang telah diberikan kepada koperasi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Semoga YBrs. Puan Noor Afifah Binti Abdul Razak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kejayaan dalam setiap amanah yang bakal dipikul.
🌹 Terima kasih atas kepimpinan, jasa dan dedikasi yang telah dicurahkan kepada gerakan koperasi negara.
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi
admin@pehuma.coop.my
05 - 7777510
© Hazwanmusa. All rights reserved.
Hubungi Kami
Ibu Pejabat
017 - 4951179
Ibu Pejabat
05 - 7430981
Ladang


