Pada 30 Ogos 2025, bertempat di Simpang Tiga, telah berlangsung Sambutan Ambang Merdeka 2025 yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Simpang 3 serta Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma).
Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat. Sambutan meriah dengan kehadiran penduduk sekitar, pelbagai aktiviti menarik, serta cabutan bertuah khas buat pekerja Koop Pehuma dan masyarakat setempat. Detik 12 malam dimeriahkan dengan laungan βMerdekaβ penuh semangat.
Koop Pehuma mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta masyarakat setempat yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
