KOOP PEHUMA telah menyertai Program Singgah Sahur yang penuh makna bersama anak-anak di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar sempena bulan Ramadan.
Program ini turut disertai oleh YB Datoβ Salbiah binti Mohamed serta dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyantuni anak-anak yang berada di bawah jagaan institusi kebajikan di samping berkongsi rezeki dan menyemai nilai kasih sayang dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
KOOP PEHUMA berharap agar kehadiran serta sumbangan yang diberikan dapat membawa kegembiraan dan menceriakan anak-anak di samping memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
π€²β¨ Menyantuni insan, menyemai kasih
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi

admin@pehuma.coop.my
05 - 7777510
Β© Hazwanmusa. All rights reserved.
Hubungi Kami
Ibu Pejabat
017 - 4951179
Ibu Pejabat
05 - 7430981
Ladang


