Program Sentuhan Kasih Aidilfitri PEHUMA

3/12/2026

KOOP PEHUMA telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih Aidilfitri dengan menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf fakir miskin di kawasan DUN Manong sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan koperasi dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta membantu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

Melalui pelaksanaan program ini, KOOP PEHUMA terus komited dalam memastikan kebajikan komuniti sentiasa diberi perhatian, selari dengan nilai tanggungjawab sosial dan semangat kebersamaan.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat membawa kegembiraan, keberkatan dan sinar harapan kepada para penerima dalam menyambut Aidilfitri.

🀲✨ Menyantuni asnaf, menyemai kebahagiaan
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi