Program Lawatan Eksplorasi Pasaran & Jaringan Perniagaan SKM Kedah ke Ladang Koop Pehuma

7/28/2025

Pada hari Isnin yang lalu, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) telah menerima kunjungan istimewa daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah bersempena Program Lawatan Eksplorasi Pasaran & Jaringan Perniagaan (Ekspansi) Negeri Kedah 2025.

Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama serta membina jaringan strategik antara koperasi. Dalam sesi lawatan tersebut, pihak Koop Pehuma telah memberikan taklimat mengenai operasi dan aktiviti koperasi termasuk bidang pertanian, penternakan, dan khidmat dron. Turut dipersembahkan ialah demonstrasi teknologi dron meracun tepat (spot spraying) yang kini digunakan secara aktif dalam operasi ladang kami.

Lebih membanggakan, program ini turut disertai oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim, yang hadir atas jemputan rasmi Koop Pehuma, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif pembangunan koperasi berasaskan teknologi dan kerjasama antara negeri.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SKM Negeri Kedah dan semua yang terlibat. Semoga lawatan ini membuka jalan kepada kolaborasi lebih luas antara koperasi seluruh Malaysia.