Kuala Lumpur, 14 Oktober 2025 β Satu perjumpaan telah diadakan di Menara Maxis, KLCC antara Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) bersama barisan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, serta Pengurus Koop Pehuma, dengan pasukan Enterprise, Network, dan IoT Maxis.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan secara dua hala isu rangkaian di Ladang KP Induk Beruas, yang sebelum ini telah diutarakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Exco Komunikasi Negeri Perak, YB Azlan.
Dalam sesi tersebut, pihak Maxis telah membentangkan beberapa pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi membantu menyelesaikan isu berkenaan, khususnya dari sudut kerjasama Business-to-Business (B2B).
Sebagai tanda penghargaan dan komitmen Maxis terhadap hubungan strategik ini, satu slot khas pada sebelah petang 14 Oktober telah dibuka eksklusif untuk Koop Pehuma, di mana sesi tersebut ditutup kepada orang awam bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perbincangan bersama pihak Koop Pehuma.






