Hari ini, Ahli Lembaga Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama YBHG. Dato' Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip, Pengarah Pejabat Tanah Galian Perak.
Perbincangan tertumpu kepada hala tuju koperasi dalam memperkukuh peranan serta meneroka peluang baharu bagi memajukan Koop Pehuma ke tahap yang lebih tinggi. Dengan sokongan pihak berkaitan, kami yakin Pehuma mampu berkembang dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada anggota dan masyarakat.
Terima kasih kepada YBHG. Dato' atas kesudian menerima kunjungan kami dan berkongsi pandangan yang bernas. Semoga segala usaha ini membuahkan hasil yang terbaik!




