Penyerahan Zakat Wakallah di Manong & Bukit Chandan

3/28/2025

Pada 28 Mac 2025, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad telah melaksanakan penyerahan Zakat Wakallah kepada asnaf di dua lokasi, Manong & Bukit Chandan, sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan kebajikan masyarakat setempat.

Majlis ini dihadiri oleh barisan kepimpinan koperasi:
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Pengurus Koperasi

Turut hadir dan menyempurnakan penyerahan zakat di dua lokasi ini:
📍 ManongClr. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak (DUN Manong) & Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
📍 Bukit ChandanDatuk Haji Maslin Sham Bin Haji Razman, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak (DUN Bukit Chandan).

Penyerahan ini merupakan komitmen berterusan Koop Pehuma dalam membantu mereka yang memerlukan serta mengukuhkan peranan koperasi dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.

🤲 Semoga keberkatan dan kesejahteraan sentiasa mengiringi usaha kita semua.