Penyerahan Zakat Perniagaan kepada MAIPk

11/7/2025

Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad dengan penuh takzim telah menunaikan kewajipan Zakat Perniagaan bagi tahun 2024 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Penyerahan tersebut telah mendapat limpah perkenan untuk disempurnakan di Istana Kinta, di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Penyerahan ini merupakan salah satu komitmen berterusan Koperasi dalam memastikan hasil perniagaan yang diamanahkan sentiasa disalurkan kepada manfaat yang lebih luas, khususnya dalam membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan di seluruh negeri Perak.

Koperasi sentiasa berpegang kepada prinsip tanggungjawab sosial dan keberkatan rezeki sebagai tunjang kepada operasi, pembangunan ekonomi, serta kesejahteraan komuniti. Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan dan terus memakmurkan usaha-usaha pembangunan ummah.

Nilai Teras Koperasi dalam Penunaian Zakat
  • Memakmurkan sumber rezeki berlandaskan prinsip syariah

  • Mengukuhkan kesejahteraan ekonomi masyarakat

  • Menyantuni asnaf dan komuniti yang memerlukan

  • Membangunkan koperasi secara mampan dan berterusan

β€œBerkhidmat dengan amanah, memakmurkan ummah.”