Penyerahan Sumbangan Zakat Wakalah kepada Pelajar Asnaf SMK Raja Muda Musa

3/9/2026

KOOP PEHUMA telah melaksanakan penyerahan sumbangan zakat wakalah kepada pelajar asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa pada 9 Mac 2026 sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial koperasi.

Sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan serta menyokong keperluan pendidikan mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

KOOP PEHUMA komited untuk terus memainkan peranan dalam menyantuni komuniti, khususnya dalam bidang pendidikan, sebagai pelaburan jangka panjang kepada pembangunan generasi masa hadapan.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi asbab kejayaan dan keberkatan yang berterusan.

🀲✨ Menyokong pendidikan, membina masa depan
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi