Penyerahan Pelan Perlindungan Takaful Agronurani Kepada Pelajar OKU SK Raja Muda Musa

12/16/2025

KOOP PEHUMA telah melaksanakan Program Penyerahan Pelan Perlindungan Takaful Agronurani kepada 10 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa pada 16 Disember.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial koperasi dalam menyokong keperluan perlindungan serta kebajikan anak-anak istimewa, khususnya dalam aspek kesejahteraan dan masa depan mereka.

Walaupun sumbangan yang diberikan adalah sederhana, ia membawa makna yang besar dalam membantu menyediakan perlindungan takaful yang berterusan kepada para pelajar OKU yang terlibat.

KOOP PEHUMA berharap agar usaha ini dapat menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan serta membawa keberkatan dan rahmat buat semua pihak yang terlibat.

πŸ’š KOOP PEHUMA – Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera