KOOP PEHUMA dengan penuh rasa syukur telah menerima penghargaan sempena Majlis Sambutan Hari Polis ke-219 Peringkat IPD Perak Tengah yang berlangsung pada 25 Mac 2026.
Pengiktirafan ini amat bermakna dan mencerminkan hubungan kerjasama yang erat antara KOOP PEHUMA dan pihak keselamatan dalam usaha menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.
Dalam majlis yang sama, KOOP PEHUMA turut bersama-sama meraikan sambutan Hari Polis ke-219 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam memastikan keselamatan serta keamanan negara sentiasa terpelihara.
Pengorbanan warga PDRM merupakan tunjang kepada kesejahteraan masyarakat dan amat dihargai oleh semua pihak.
KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengiktirafan yang diberikan serta berharap agar jalinan kerjasama ini akan terus kukuh dan memberi manfaat kepada semua pihak.
🤝 Menghargai kepercayaan, memperkukuh kerjasama
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi



