Pada 12 Jun 2025, Pengerusi Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad, En. Nor Sharifuddin bin Yeop Sabar, telah dijemput bagi merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Rugbi MSSD Perak Tengah 2025 yang berlangsung di SMK Layang-Layang Kiri.
Kehadiran beliau disambut meriah oleh para guru, pelajar dan barisan atlet muda yang telah bertanding sepanjang kejohanan ini. Dalam ucapannya, beliau menekankan betapa pentingnya sukan dalam membentuk sahsiah, disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan generasi muda.
Sebagai sebuah koperasi yang sentiasa menyokong pembangunan komuniti dan pendidikan, Koop Pehuma berbangga dapat turut serta menyemarakkan acara ini serta menyokong bakat-bakat muda dalam sukan ragbi.
Kami percaya bahawa sokongan terhadap program seperti ini adalah pelaburan kepada masa depan negara – melahirkan belia yang cergas, berdisiplin dan berwawasan.
