Pengerusi KOOP PEHUMA Terima Best Inspiring Professional & Leadership Award 2026

8/8/2026

KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad, Tuan Nor Sharifuddin Bin Yeop Sabar atas kejayaan menerima pengiktirafan Best Inspiring Professional & Leadership Award 2026 di Asia Impact Leaders Awards 2026. 🏆

Pengiktirafan tersebut telah diterima pada 8 Ogos 2026 bertempat di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur.

Anugerah ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat KOOP PEHUMA serta mencerminkan kepimpinan, profesionalisme dan komitmen dalam menerajui koperasi ke arah pembangunan dan kecemerlangan yang berterusan.

Kejayaan ini turut menjadi kebanggaan kepada seluruh Ahli Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan, warga kerja serta anggota KOOP PEHUMA, di samping menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh tadbir urus, memperkasakan organisasi dan melakar kejayaan yang lebih besar.

KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengiktirafan yang diterima. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang lebih berinspirasi serta pembangunan koperasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi 💚

admin@pehuma.coop.my

05 - 7777510

© Hazwanmusa. All rights reserved.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat

017 - 4951179

Ibu Pejabat

05 - 7430981

Ladang

Sitemap