Pehuma Prihatin : Sumbangan Kepada Waris Wira FRU

5/23/2025

Pada 13 Mei 2025, negara dikejutkan dengan insiden tragis di simpang tiga Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan, yang meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) apabila trak yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu kerikil.

Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Pehuma) telah menyampaikan sumbangan kepada dua waris anggota FRU yang terkorban. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang ditinggalkan dan sebagai penghormatan atas jasa dan pengorbanan mereka.

Kami berharap agar sumbangan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang ditinggalkan dan menjadi simbol solidariti daripada seluruh warga Pehuma.

Semoga roh para wira ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada.