Batu Gajah, 11β12 Oktober 2025 β
Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) telah turut serta dalam Program Coopfest Peringkat Negeri Perak & Jelajah Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2025 yang berlangsung di Dewan Arena Square, Batu Gajah.
Dalam program selama dua hari ini, Pehuma Beef tampil memperkenalkan dan memasarkan daging lembu segar berkualiti tinggi terus dari ladang kepada para pengunjung. Sambutan yang diterima amat menggalakkan !
Selain memperkenalkan produk daging segar, penyertaan ini juga membuka peluang untuk memperkukuh jaringan koperasi dengan usahawan lain serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap produk keluaran tempatan yang berkualiti.
Pengerusi Koop Pehuma turut hadir memberi sokongan dan berkongsi aspirasi koperasi untuk terus mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan di bawah jenama Pehuma Beef.
Kami di Koop Pehuma mengucapkan terima kasih atas sokongan semua yang berkunjung ke booth kami di Coopfest Perak 2025.
Jumpa lagi di acara akan datang β dengan daging berkualiti, harga berpatutan! ππͺ

