Mesyuarat Agung Tahunan ke 48 & Sambutan Aidilfitri Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad 2025

4/26/2025

Pada hari Sabtu yang lalu, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (KOOP PEHUMA) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 48 yang turut diserikan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri PEHUMA.

Majlis yang berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan dan kerjasama ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat kami, YBhg. Datuk Mohd Ali Bin Mansor, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMA). Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat kepada warga koperasi untuk terus maju dalam pelbagai bidang, khususnya pertanian dan keusahawanan.

Selain agenda mesyuarat yang membincangkan hal-hal penting berkaitan perjalanan dan masa depan koperasi, acara turut diserikan dengan majlis sambutan Aidilfitri yang meriah. Pelbagai juadah lazat disediakan untuk para anggota dan tetamu:

🍛 Nasi lemak ayam goreng berempah
🍢 Sate
🥞 Apom balik
🍦 Aiskrim Malaysia
🥤 Air balang pelbagai perisa

Majlis ini bukan sahaja memperkukuh semangat muafakat dalam kalangan anggota, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturrahim dan meraikan kejayaan bersama.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara ini. KOOP PEHUMA akan terus komited dalam membawa manfaat kepada anggota dan masyarakat.