Majlis Perundingan Koperasi Negeri Perak Bil. 1 Tahun 2026

4/7/2026

KOOP PEHUMA telah menghadiri Majlis Perundingan Koperasi Negeri Perak Bil. 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bangunan Kerajaan Negeri Perak sebagai satu platform penting dalam memperkukuh gerakan koperasi di peringkat negeri.

Majlis ini memberi tumpuan kepada usaha membina ekonomi yang lebih mampan melalui perbincangan strategik, perkongsian pandangan serta pengukuhan kerjasama antara koperasi dan pelbagai pihak berkepentingan.

Dalam sesi ini, pelbagai input dan idea telah dibincangkan bagi memastikan gerakan koperasi terus relevan, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara menyeluruh.

Majlis ini juga menjadi medan untuk mempererat hubungan antara pemegang taruh serta merancang langkah-langkah yang lebih efektif dalam memperkasa sektor koperasi di Perak.

KOOP PEHUMA komited untuk terus terlibat secara aktif dalam inisiatif pembangunan koperasi demi manfaat bersama.

๐Ÿค Memperkukuh kerjasama, membina ekonomi mampan
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi