KOOP PEHUMA telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Wakalah kepada pekerja sebagai sebahagian daripada pelaksanaan tanggungjawab sosial organisasi pada 3 Januari 2026.
Majlis ini turut diserikan dengan Majlis Kesyukuran Ladang bagi mensyukuri pencapaian, kelangsungan operasi serta keberkatan rezeki yang telah dikurniakan kepada koperasi dan seluruh warganya.
Kehadiran PSB (Pengerusi, Setiausaha & Bendahari) KOOP PEHUMA dalam majlis ini mencerminkan komitmen kepimpinan koperasi dalam memastikan kebajikan pekerja sentiasa diberi perhatian serta hubungan organisasi terus diperkukuhkan berlandaskan nilai keprihatinan dan amanah.
KOOP PEHUMA berharap agar penyerahan zakat dan majlis kesyukuran ini menjadi asbab kepada keberkatan yang berterusan, mempereratkan silaturahim serta membawa kebaikan kepada semua pihak.
π€²π» Mensyukuri nikmat, menyantuni kebajikan
KOOP PEHUMA β Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera



