Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri KOOP PEHUMA

4/9/2026

KOOP PEHUMA telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di HQ KOOP PEHUMA dalam suasana penuh kemeriahan dan kegembiraan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran warga kerja yang bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana harmoni, dipenuhi dengan senyuman, gelak tawa serta pelbagai juadah yang menyelerakan.

Selain menikmati hidangan, majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim serta memperkukuhkan ukhuwah antara warga KOOP PEHUMA, selari dengan nilai kebersamaan yang sentiasa diterapkan dalam organisasi.

KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan membawa keberkatan kepada seluruh warga kerja.

πŸŒ™βœ¨ Meraikan kebersamaan, memperkukuh ukhuwah
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi