Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Perak 2024

12/17/2024

Alhamdulillah, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad sekali lagi melakar kejayaan dengan menerima Anugerah Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi tahun 2024. Ini merupakan kali ke-3 berturut-turut Koop Pehuma diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Majlis yang berlangsung pada 16 Disember 2024 ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Koperasi diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 2 Ahli Lembaga Koperasi (ALK), dan Pengurus Koperasi.

Tahniah kepada seluruh anggota Koperasi atas kerjasama dan komitmen yang berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus maju dan berjaya!