Majlis Agihan Zakat Wakalah KOOP PEHUMA kepada Warga Rejimen Ke-3 Artileri Diraja dan Veteran RAD

1/6/2026

KOOP PEHUMA telah menganjurkan Majlis Agihan Zakat Wakalah kepada warga Rejimen Ke-3 Artileri Diraja serta Veteran RAD pada 6 Januari 2026 bertempat di Taiping, Perak.

Majlis ini merupakan satu inisiatif kebajikan yang mencerminkan komitmen KOOP PEHUMA dalam melaksanakan amanah zakat secara berterusan, khususnya kepada golongan yang telah menyumbang jasa dan bakti kepada negara.

Melalui pelaksanaan majlis ini, KOOP PEHUMA berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada para penerima di samping membawa keberkatan serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara koperasi dan komuniti setempat.

KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

🀲🏻 Zakat disalurkan, ummah dibela
KOOP PEHUMA – Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera