Pada 10 Jun 2025, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) telah menjalankan lawatan rasmi ke beberapa institusi utama kerajaan bagi memperkukuh jaringan strategik dan memperluas kerjasama dalam pembangunan koperasi.
Lawatan dimulakan di Pejabat Kementerian Komoditi,di mana Pengerusi dan Pengurus Koperasi telah berpeluang bertemu dan berbincang dengan tokoh utama negara:
YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Komoditi
Datuk Dr. Hj. Azhar Ahmad, Ahli Lembaga MPOB
Datuk Rizalman Mokhtar, Setiausaha Politik Menteri
Pertemuan ini memberi ruang kepada pihak Koop Pehuma untuk berkongsi aspirasi pembangunan koperasi dalam sektor komoditi seperti sawit dan jagung.
Selepas itu, pertemuan santai tetapi penuh makna diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya bersama:
Tan Sri Dato' Setia Abu Kassim bin Mohamed, Mantan Ketua Pengarah SPRM
Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pengarah SPRM
Sesi ini menekankan pentingnya tadbir urus koperasi yang telus dan berintegriti sebagai asas kekuatan organisasi.
Pada sebelah petang, delegasi Koop Pehuma meneruskan lawatan ke Pejabat Institut Koperasi Malaysia (IKMA) di Petaling Jaya untuk sesi perbincangan bersama:
Datuk Mohd Ali bin Mansor, Pengarah IKMA
Perbincangan ini tertumpu kepada potensi kerjasama dalam pembangunan kapasiti, latihan ahli dan pegawai koperasi serta perancangan strategik jangka panjang.
Koop Pehuma komited untuk terus berperanan aktif dalam memacu pertumbuhan koperasi menerusi jaringan pintar dan pertemuan berimpak tinggi seperti ini.





