KOOP PEHUMA telah menerima lawatan tapak oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama BHPetrol ke tapak milik koperasi bagi tujuan perbincangan dan penilaian awal cadangan pembinaan projek stesen minyak pada 29 Disember 2025.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai potensi pembangunan tapak serta membincangkan hala tuju kerjasama strategik yang mampu memberikan pulangan jangka panjang dan nilai tambah kepada koperasi.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah PSB (Pengerusi, Setiausaha & Bendahari) KOOP PEHUMA, yang menunjukkan komitmen kepimpinan koperasi dalam memastikan setiap cadangan pembangunan diteliti secara menyeluruh, telus dan berdaya maju.
KOOP PEHUMA percaya bahawa inisiatif seperti ini mampu memperkukuhkan kedudukan koperasi sebagai entiti yang progresif serta bersedia meneroka peluang pelaburan yang mampan dan berimpak tinggi.
π€ Ke arah pembangunan koperasi yang lebih berdaya saing dan lestari
KOOP PEHUMA β Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera



