Sebagai komitmen berterusan ke arah pematuhan piawaian Halal Malaysia, pihak Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Pehuma Beef) telah menerima Lawatan Analisa Jurang (Gap Analysis) yang dijalankan oleh Halal Academy di premis operasi Pehuma Beef pada 10 Disember 2025.
Lawatan ini merupakan langkah awal yang penting dalam proses pensijilan Halal, bertujuan untuk menilai tahap pematuhan operasi sedia ada serta mengenal pasti jurang penambahbaikan merangkumi aspek dokumentasi, kebersihan, aliran proses kerja dan pematuhan terhadap keperluan pensijilan Halal Malaysia.
Dapatan daripada sesi Analisa Jurang ini akan dijadikan rujukan utama bagi pelaksanaan tindakan penambahbaikan secara berperingkat, bagi memastikan setiap proses operasi Pehuma Beef dilaksanakan secara sistematik, patuh syariah dan selari dengan kehendak pensijilan Halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan Pehuma Beef dalam menyediakan produk yang bersih, selamat, berkualiti dan diyakini Halal kepada pengguna.



