KOOP PEHUMA telah menerima kunjungan rasmi daripada YBrs. Puan Noor Afifah Binti Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke ladang KOOP PEHUMA pada 27 April 2026.
Lawatan ini merupakan satu penghormatan besar kepada koperasi serta menjadi platform untuk memperlihatkan operasi dan pembangunan aktiviti perniagaan yang dilaksanakan oleh KOOP PEHUMA.
Antara pengisian lawatan termasuk:
Lawatan ke Butcher Shop Pehuma Beef
Demonstrasi penggunaan dron bagi penyemburan racun
Tinjauan ke tapak nurseri
Lawatan ke fidlot dan paddock ternakan
Kunjungan ini mencerminkan keyakinan pihak SKM terhadap keupayaan KOOP PEHUMA dalam mengurus operasi secara profesional, inovatif dan mampan.
KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap agar hubungan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan demi kemajuan koperasi dan industri.
🤝🌿 Memperkukuh kerjasama, memacu inovasi
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi