Kunjungan Mesra Dato’ Jamal Abdillah & Pengerusi Koop Pehuma ke Ladang Koop Pehuma

8/11/2025

Pada 11 Ogos 2025, Ladang Pehuma telah menerima kunjungan istimewa daripada penyanyi lagenda tanah air, Dato’ Jamal Abdillah, bersama Pengerusi Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad.

Lawatan ini memberi peluang kepada mereka untuk meninjau secara dekat projek Lembu Integrasi yang diusahakan oleh Pehuma, di mana ternakan lembu dijalankan secara sistematik di kawasan tanaman sawit.

Selain melihat perkembangan ternakan, sesi ini turut menjadi ruang untuk berkongsi pandangan dan memberi dorongan kepada usaha Pehuma dalam memajukan sektor pertanian serta memperkukuh ekonomi koperasi.

Pehuma mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian hadir dan memberi sokongan terhadap usaha ini. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar di masa akan datang.