KOOP PEHUMA Tunaikan Zakat Perniagaan bagi Tahun Kewangan 2025

7/24/2026

Alhamdulillah, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (KOOP PEHUMA) telah menunaikan Zakat Perniagaan bagi Tahun Kewangan 2025 sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT serta komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Penunaian zakat ini mencerminkan nilai murni yang sentiasa menjadi teras perjuangan KOOP PEHUMA, iaitu berkongsi rezeki, membantu golongan yang memerlukan serta menyumbang kepada kesejahteraan ummah melalui pengagihan zakat.

KOOP PEHUMA percaya bahawa setiap kejayaan yang dikecapi bukan sahaja diukur melalui pencapaian perniagaan, malah turut dizahirkan melalui tanggungjawab terhadap masyarakat dan usaha menyebarkan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Semoga penunaian zakat ini membawa keberkatan kepada KOOP PEHUMA, memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kemajuan koperasi pada masa hadapan.

Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi 💚

admin@pehuma.coop.my

05 - 7777510

© Hazwanmusa. All rights reserved.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat

017 - 4951179

Ibu Pejabat

05 - 7430981

Ladang

Sitemap