Alhamdulillah, Pada 30 Oktober 2024, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) telah menyalurkan bantuan Zakat Wakallah kepada 100 asnaf di Pejabat UMNO Bahagian Parit. Penyerahan zakat ini disempurnakan oleh YB Khairudin Bin Abu Hanapiah, ADUN kawasan Belanja.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mulia ini. Semoga bantuan ini membawa manfaat dan keberkatan kepada mereka yang memerlukan.







