KOOP PEHUMA telah menyertai Karnival Keusahawanan Veteran ATM Negeri Perak 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Januari 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa aktiviti keusahawanan koperasi.
Sepanjang penyertaan ini, KOOP PEHUMA telah memasarkan produk Pehuma Beef dan dengan penuh rasa syukur, sebanyak 6 ekor lembu berjaya dijual habis dalam tempoh tiga hari.
Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti produk tempatan yang diusahakan oleh KOOP PEHUMA, di samping sokongan padu daripada para pembeli dan pengunjung karnival.
KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pelanggan, penyokong serta pihak penganjur yang telah memberi ruang dan sokongan kepada koperasi sepanjang penganjuran karnival ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pengembangan Pehuma Beef serta memperkukuhkan peranan KOOP PEHUMA dalam sektor keusahawanan dan ekonomi komuniti.
π₯© Daripada ladang ke meja anda
KOOP PEHUMA β Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera



