KOOP PEHUMA Sampaikan Sumbangan Wakalah Fisabilillah kepada Murid SMK Seri Londang

10/30/2026

Menyantuni generasi muda, berkongsi rezeki dan keberkatan. ❤️

Pada 30 Oktober 2026, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (KOOP PEHUMA) telah menyampaikan Sumbangan Wakalah Fisabilillah kepada para murid SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak.

Program ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan KOOP PEHUMA dalam berkongsi rezeki serta menyantuni masyarakat, khususnya golongan pelajar yang merupakan generasi pewaris masa hadapan.

Sumbangan ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para penerima, di samping menyuntik semangat dan menjadi dorongan untuk terus menimba ilmu, berusaha dengan tekun serta mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

KOOP PEHUMA sentiasa komited untuk melaksanakan tanggungjawab sosial melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. Usaha ini mencerminkan keprihatinan koperasi terhadap pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SMK Seri Londang atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga sumbangan yang disampaikan membawa keberkatan dan menjadi sebahagian daripada usaha membina masa depan generasi muda yang lebih cemerlang.

❤️ Menyantuni generasi muda, berkongsi rezeki dan keberkatan.

Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi

admin@pehuma.coop.my

05 - 7777510

© Hazwanmusa. All rights reserved.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat

017 - 4951179

Ibu Pejabat

05 - 7430981

Ladang

Sitemap