Koop Pehuma : Prihatin & Berkongsi Rezeki

11/20/2024

Koop Pehuma hari ini menziarahi dan menyampaikan sumbangan zakat wakallah kepada Mohamad Saiful Nizam bin Zakaria (Anggota No. 87), yang tergolong sebagai asnaf dan sedang sakit terlantar.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi sedikit keselesaan kepada saudara Mohamad Saiful Nizam. Kami mendoakan agar beliau dan keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian ini.