Alhamdulillah, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad telah menunaikan tanggungjawab sosial dengan menyampaikan zakat wakallah kepada penduduk di kawasan Beruas.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad, dengan kehadiran barisan kepimpinan koperasi iaitu Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengurus Koperasi.
Penyerahan zakat ini merupakan sebahagian daripada komitmen Koop Pehuma dalam membantu golongan yang memerlukan serta memperkukuhkan peranan koperasi dalam pembangunan masyarakat.
Semoga sumbangan ini membawa manfaat kepada penerima dan menjadi asbab keberkatan kepada semua pihak. Koop Pehuma akan terus menjalankan inisiatif tanggungjawab sosial bagi memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa terjaga.







