Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) telah menyempurnakan tanggungjawab sosial kami dengan menyampaikan bantuan Zakat Wakallah kepada 100 asnaf di Pejabat UMNO Beruas.
Penyerahan zakat telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Azhar bin Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Beruas. Kami berbesar hati dapat membantu golongan yang memerlukan, dengan harapan agar bantuan ini dapat meringankan beban mereka. Semoga usaha ini diberkati dan membawa kesejahteraan kepada semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini!







