Pada 9 Januari 2025, Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, Parit telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi Pra Sekolah. Koop Pehuma berbesar hati kerana Pengerusi Koperasi telah dijemput untuk menyempurnakan majlis tersebut.
Majlis ini mencerminkan usaha murni dalam menghargai pencapaian para pelajar serta meraikan permulaan baharu untuk anak-anak Pra Sekolah. Kami percaya pendidikan adalah asas kejayaan. Tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian cemerlang anda, dan syabas kepada para guru atas dedikasi yang tiada tandingan. Teruskan kegemilangan, SK Simpang 3!



