Kemudahan Zakat Fitrah : Kebaikan yang Dikongsi Bersama

3/23/2025

Dalam kesibukan bekerja, tidak semua orang berkesempatan untuk menunaikan zakat fitrah di masjid. Oleh itu, kami di Koperasi Pehuma amat berbesar hati menerima kunjungan Imam Masjid Simpang Tiga Manong ke ladang kami untuk memudahkan para pekerja melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sebagai umat Islam, zakat fitrah bukan sekadar satu kewajipan, tetapi juga satu bentuk kepedulian terhadap mereka yang memerlukan. Dengan adanya inisiatif ini, kami berharap ia dapat meringankan beban pekerja dan memastikan hak mereka yang memerlukan tetap terjaga.

Terima kasih kepada pihak masjid atas usaha ini. Semoga amalan ini membawa keberkatan kepada semua.