Pada 9 Ogos 2025, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) telah hadir memberi sokongan dalam program Gotong Royong Sempena Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Simpang 3.
Program ini bertujuan menceriakan persekitaran sekolah serta menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Pasukan Koop Pehuma berganding bahu bersama guru-guru serta murid-murid untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan sekolah.
Melalui penyertaan dalam aktiviti sebegini, Koop Pehuma terus komited menyokong pembangunan komuniti dan memupuk nilai kerjasama yang menjadi tunjang kekuatan masyarakat.
🇲🇾 Bersama kita suburkan semangat gotong-royong, demi Malaysia yang harmoni dan sejahtera !
