Alhamdulillah, Hari ini kakitangan & pekerja Koop Pehuma telah berganding bahu dalam Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk dan mengagihkannya kepada penduduk sekitar. Sebanyak 300 bekas bubur lambuk telah diagihkan di:
Dataran Amanjaya Manong
Masjid Simpang Tiga Manong
Surau Kampung Buruk Bakul
Balai Polis Parit
Balai Polis Bota
Kami juga telah menjalankan agihan jagung hasil infak orang ramai kepada pengunjung di Dataran Amanjaya Manong. Infak jagung masih berjalan! Kepada yang ingin menyumbang, boleh teruskan infak anda bersama Koop Pehuma.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menjayakan program ini! Semoga keberkatan Ramadan mengiringi kita semua.










