External Audit MSPO Perkukuh Komitmen KOOP PEHUMA terhadap Pengurusan Perladangan Mampan

7/23/2026

KOOP PEHUMA telah menjalani External Audit Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) yang berlangsung dari 20 hingga 23 Julai 2026, dikendalikan oleh En. Mohamad Padil.

Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan koperasi dalam memastikan setiap aspek operasi perladangan mematuhi piawaian Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), di samping memperkukuhkan amalan pengurusan yang cekap, telus dan mampan.

Sepanjang pelaksanaan audit, pelbagai aspek operasi telah dinilai bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan pensijilan serta penambahbaikan berterusan dalam pengurusan ladang.

KOOP PEHUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Mohamad Padil atas pelaksanaan audit yang profesional serta kepada seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang proses audit berlangsung.

KOOP PEHUMA akan terus komited dalam memperkukuhkan amalan perladangan mampan, memelihara kelestarian alam sekitar serta memastikan pengurusan yang berkualiti demi manfaat anggota dan industri sawit negara.

🌿 Memperkukuh kelestarian, mempertingkat kualiti
Menerus Warisan, Memperkasa Koperasi

admin@pehuma.coop.my

05 - 7777510

© Hazwanmusa. All rights reserved.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat

017 - 4951179

Ibu Pejabat

05 - 7430981

Ladang

Sitemap