KOOP PEHUMA telah melaksanakan Audit oleh Juru Audit Dalaman Koperasi (JAD) yang berlangsung di ladang pada 26 hingga 27 Disember 2025 sebagai sebahagian daripada proses pemantauan dan pengukuhan tadbir urus koperasi.
Audit ini merupakan penutup kepada tahun 2025 yang dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelusan dan komitmen, bertujuan memastikan setiap aspek pengurusan dan operasi koperasi mematuhi garis panduan serta amalan tadbir urus yang ditetapkan.
Melalui pelaksanaan audit dalaman ini, KOOP PEHUMA terus komited dalam memperkukuhkan sistem pengurusan, meningkatkan akauntabiliti serta menyediakan asas yang mantap bagi perancangan dan hala tuju koperasi ke arah tahun 2026.
π Komitmen terhadap tadbir urus yang baik demi kelestarian koperasi
KOOP PEHUMA β Tumbuh Bersama, Berkekalan Sejahtera



