Agihan Bubur Lambuk Ramadhan

3/20/2025

Alhamdulillah, hari ini, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (Koop Pehuma) berkesempatan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Masjid Parit, Balai Polis Parit, dan Bazar Ramadhan Parit sebagai tanda keprihatinan dan keberkatan bulan mulia ini.

Semoga sumbangan kecil ini membawa kebahagiaan kepada semua dan menjadi asbab keberkatan buat kita semua. Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program ini !